March 28, 2015

Warga emas tersepit, kereta terbabas dalam parit


KANGAR - Tiga sekeluarga nyaris maut apabila kereta jenis Perodua Kembara yang dinaiki terbabas ke dalam parit di jalan Kampung Binjal Utan Aji, di sini, malam kelmarin.

Menurut jurucakap bomba, pihaknya menerima panggilan pada jam 9.49 malam bagi mengeluarkan salah seorang mangsa yang tersepit di tempat duduk belakang.

Katanya, seramai 12 anggota bomba dari Balai Bomba Kangar dikejarkan ke tempat kejadian.

“Pihak bomba mengambil masa hampir 45 minit bagi mengeluarkan mangsa yang merupakan warga emas.

“Pemandu lelaki bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan, manakala penumpang tempat duduk hadapan serta penumpang belakang cedera dan dikejarkan ke Hospital Tuanku Fauziah untuk rawatan lanjut,” katanya.

Sinar Harian 27 Mac 2015

0 comments:

Post a Comment