March 28, 2015

Warga emas rentung terperangkap


Kuala Lumpur: Seorang lelaki warga emas berusia 71 tahun rentung selepas terperangkap dalam kebakaran bengkel mengecat di Taman Lucky Batu 6 Jalan Puchong, di sini, 3 pagi tadi.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Kuala Lumpur, Azizan Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan 3.29 pagi dan tiba di tempat kejadian 3.43 pagi.

Menurutnya, sebaik tiba di lokasi kejadian pihaknya mendapati kebakaran membabitkan dua unit bengkel.

“Kebakaran besar dan sukar dikawal dan kita bertungkus lumus memadamkan kebakaran itu membabitkan kekuatan seramai 45 pegawai dan anggota bomba dan lima anggota bomba sukarela.

“Kebakaran itu berjaya dikawal pada 4.38 pagi dan pemeriksaan lanjut menemui mayat seorang lelaki terperangkap dan rentung di dalam kontena yang dijadikan pejabat,” katanya.

Azizan berkata, punca kebakaran dan nilai kerugian masih dalam siasatan.

myMetro 27 Mac 2015

0 comments:

Post a Comment