November 27, 2014

Terserempak ular tedung selar minum air

Abdul Satar (kiri) bersama anggota JPAM Padang Terap menunjukkan ular tedung selar yang ditangkap mereka di Kampung Musa, Mukim Pedu, malam kelmarin. 

NAKA - Anggota Jabatan Pertahanan Awan (JPAM) Padang Terap menangkap seekor tedung selar selepas cuba bersembunyi di bawah kepingan bumbung rumah milik seorang penduduk di Kampung Musa, Mukim Pedu malam kelmarin.

Anggota JPAM, Abdul Satar Abdullah berkata, pihaknya bergegas ke tempat kejadian jam 7.50 malam sejurus menerima aduan penduduk yang melaporkan mereka ternampak dua ular selar keluar dari hutan berdekatan untuk minum air di lopak berhampiran rumahnya.

“Kami menangkap ular itu dengan penjerut. Ular itu beberapa kali cuba mematuk anggota kami sebelum dapat ditangkap," katanya.

Menurutnya, dipercayai ular tedung sepanjang empat meter itu dikatakan keluar untuk minum air disebabkan cuaca panas.

"Kami mengambil masa 15 minit untuk menangkap ular pertama dan 30 minit untuk mencari seekor lagi yang turut bersembunyi dalam hutan itu, tetapi gagal,” katanya.

Sinar Harian 24 Nov 2014

0 comments:

Post a Comment