November 28, 2014

Terkapai-kapai minta tolong

ANGGOTA bomba dan polis mengangkat mayat mangsa yang ditemui lemas.

Temerloh: Seorang lelaki yang hilang pada petang Selasa lalu ketika keluar berjalan bersama rakan di kawasan Sungai Semantan, berhampiran Kampung Batu Kapur, Mentakab, dekat sini, ditemui lemas, semalam.

Kejadian jam 7 petang itu disedari orang awam yang melihat mangsa, Mohd Yusuf Ramli, 29, dari Taman Saga, Mentakab, dekat sini, terkapai-kapai meminta pertolongan sebelum tenggelam ke dasar sungai.

Ketua Polis Daerah Temerloh Asisten Komisioner Mohd Anuar Othman berkata, individu berkenaan segera menghubungi abang ipar mangsa, Hasan Basri Gah Abdullah, 40, sebelum melaporkan kejadian itu di Balai Polis Mentakab.

"Difahamkan, sebelum kejadian, mangsa dikatakan berjalan pulang bersama rakannya berhampiran kawasan kejadian, namun beberapa minit kemudian dia dilihat berada dalam sungai.

myMetro 28 Nov 2014

0 comments:

Post a Comment