November 23, 2014

Pemandu BMW maut langgar tembok besi jejantas


KUALA LUMPUR – Seorang lelaki maut akibat cedera parah setelah tersepit di tempat duduk hadapan keretanya dalam kemalangan di Batu 3 1/2, Jalan Klang Lama, berhadapan kedai menjual kereta import M&D World Of Cars Sdn. Bhd. di sini awal pagi semalam.

Mangsa, Dominic Benizi (gambar), 37, yang memandu kereta jenis BMW 5 Series hilang kawalan dan terbabas lalu melanggar pembahagi jalan sebelah kanan dalam kejadian pukul 3.50 pagi itu.

Menurut sumber polis, pemandu terbabit cuba untuk mengawal semula kenderaannya namun gagal sebelum dia sekali lagi melanggar tembok besi jejantas yang berada di sebelah kiri jalan.

Kosmo 23 Nov 2014


Mangsa kemalangan hampir putus dua

BOMBA menggunakan pemotong besi untuk mengeluarkan mayat mangsa.FOTO Shahrul Apiet

Kuala Lumpur: Seorang lelaki maut dalam keadaan ngeri apabila anggota badannya hampir terputus dua dalam kemalangan maut di Jalan Klang Lama, di sini, awal pagi Sabtu.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.10 pagi itu, mangsa Dominic Benizi Pereira, 37, memandu berseorangan dalam kereta Proton Wira menghala ke ibu negara apabila hilang kawalan dan merempuh tangga jejantas.

Ketua Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Seputeh, Zulkifli Ramli berkata pihaknya tiba di lokasi jam 3.15 pagi dan mengambil masa hampir sejam untuk mengeluarkan mayat mangsa yang tersepit.

"Keadaan kereta remuk sama sekali dan menyukarkan usaha anggota bomba untuk mengeluarkan mangsa.

"Alat pemotong besi terpaksa digunakan untuk memotong bumbung manakala mayat mangsa dalam keadaan menyayat hati kerana tersepit di tempat duduk pemandu selain kaki kanannya putus," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Mayat dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk bedah siasat.

myMetro 23 Nov 2014

0 comments:

Post a Comment