November 20, 2014

Ghaib dalam longkang

Alor Gajah: Seorang lelaki warga Indonesia yang menjadi buruan polis nekad meninggalkan kereta Proton Waja dipandunya di sebuah stesen minyak di Rembia, di sini, dan melarikan diri sebelum didapati hilang selepas bersembunyi di dalam longkang besar ketika ditahan anggota polis peronda untuk pemeriksaan, kelmarin.

Dalam kejadian jam 5 petang itu, suspek yang bekerja sebagai kontraktor binaan berusia awal 30-an datang ke stesen minyak berkenaan untuk mengisi minyak keretanya sebelum terserempak dengan polis yang kemudian menahannya untuk diperiksa.

Difahamkan, suspek pernah menjalin hubungan intim dengan seorang pegawai kanan kerajaan itu didakwa melakukan jenayah ugutan dan dikehendaki polis bagi menyelesaikan kes berkenaan, namun menghilangkan diri.

Sumber berkata, anggota polis melihat suspek dalam keadaan mencurigakan dan menahannya sambil meminta suspek mengeluarkan pengenalan diri untuk pemeriksaan.

“Suspek yang berselipar kelihatan gelisah dengan keadaan itu pada mulanya akur dengan arahan yang diberikan oleh anggota polis terbabit sebelum mengundur dua langkah ke belakang sambil menanggalkan seliparnya dan melarikan diri,” katanya

myMetro 20 Nov 2014

0 comments:

Post a Comment