November 21, 2014

Jurujual maut motosikal terbabas

KUANTAN - Seorang jurujual maut selepas motosikal ditunggangnya terbabas di Jalan Pekeliling berhampiran sebuah kem tentera dekat Kuala Lipis semalam.

Ketua Turus Trafik, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang, Deputi Superintendan Mohd Noor Yusof Ali berkata, Liew Weng Chung, 17, berasal dari Taman Pertama, Kuala Lipis mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah di tengkuk dan kepala.

"Dalam nahas jam 4.35 pagi itu mangsa yang menunggang sendirian motosikal jenis Yamaha 125Z dalam perjalanan ke rumahnya dari sebuah restoran di bandar Lipis.

"Sampai tempat kejadian, dipercayai mangsa hilang kawalan lalu terbabas ke bahu kiri jalan sebelum tercampak ke atas jalan," katanya kepada Bernama hari ini. - Bernama

19 November 2014

0 comments:

Post a Comment