October 21, 2014

Wanita ditemui mati dibunuh

SUNGAI PETANI – Seorang wanita ditemui mati bersama pakaian dalam miliknya di leher dipercayai dijerut, di sebuah kawasan ladang kelapa sawit terpencil dekat Sungai Division, Bukit Selambau.

Wanita dipercayai lingkungan 30-an tersebut dikatakan ditemui seorang penggembala lembu yang menjalankan kegiatan rutin membawa haiwan ternakan di kawasan terbabit kira-kira jam 7 pagi semalam.

Penggembala lembu kemudian memaklumkan kejadian kepada pihak berkuasa.

Difahamkan, siasatan mendapati, berkemungkinan mayat mangsa yang lengkap berbaju dan seluar itu dibunuh di kawasan lain dan dibuang di ladang berkenaan.

Mangsa dipercayai dibunuh awal pagi semalam berdasarkan kesan darah mangsa yang masih baru.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Superintenden Mohd Sabri Muhammad@Ahmad berkata, punca dan individu yang terlibat dalam kejadian masih dalam siasatan.

“Setakat ini, identiti mangsa masih belum dapat dipastikan namun polis masih menjalankan siasatan berhubung kejadian,” katanya.

Mayat  dihantar ke Jabatan Forensik, Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani untuk dibedah siasat.

Sinar Harian 10 Okt 2014

0 comments:

Post a Comment