October 21, 2014

Wanita ditemui mati dengan kesan tikaman


KOTA TINGGI -  Seorang wanita dijumpai tidak bernyawa di dapur rumahnya di pekan Sungai Rengit, di sini, dalam keadaan tertiarap dan berlumuran darah dengan kesan tikaman pada tubuh, malam kelmarin.

Mangsa dipercayai warga Indonesia (Cina) bekerja sebagai penjual sayur dan daging dipercayai ditikam menggunakan senjata tajam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Deputi Superintendan Low Hang Seng berkata, siasatan awal mendapati wanita terbabit merupakan Linawati Ang berusia awal 50an.

“Polis menerima laporan pada jam 8.00 malam Sabtu lalu. Siasatan juga mendapati mangsa tinggal bersama suaminya dan seorang adik ipar perempuan selain turut mempunyai empat orang anak yang tinggal di tempat lain.

“Mangsa dan suaminya berniaga daging babi di tepi rumahnya. Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Sultan Ismail (HSI), Johor Bahru untuk dibedah siasat,” katanya semalam.

Hang Seng berkata, polis sedang menyiasat dari segala sudut dan setakat ini, belum ada suspek yang ditahan.

Sinar Harian 13 Okt 2014

0 comments:

Post a Comment