October 21, 2014

Murid laung azan

Bumbung sebuah kelas tadika rosak akibat dibadai angin pusar. 

PENDANG - Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (UPKK) Sekolah Kebangsaan Alor Besar yang sebelum ini terpaksa ditangguhkan akibat angin pusar akhirnya dapat dilaksanakan di sebuah kelas khas di sini, semalam.

Kelmarin, peperiksaan itu terpaksa ditangguhkan selepas murid di sekolah berkenaan lari menyelamatkan diri selepas mengalami detik cemas akibat bencana itu.

Menceritakan detik cemas itu, Khairul Amar 11, berkata, dia terdengar angin kuat sebelum bumbung diterbangkan.

“Ketika kejadian itu, ustazah suruh kami laungkan Azan sekuat-kuatnya. Inilah kali pertama saya melihat kejadian itu. Ia sungguh menakutkan,” katanya kepada Sinar Harian.

Mohd Akmal Ahya Ulumudin 11, turut berkongsi pengalaman sama apabila melihat kertas ujian berselerak.

“Saya tidak sempat selamatkan apa-apa kejadian berlaku dengan cepat,” katanya.

Difahamkan, sebanyak 11 rumah yang rosak teruk akibat kejadian itu menerima  bantuan dari Kerajaan Negeri.

Sinar Harian 17 Okt 2014

0 comments:

Post a Comment