September 21, 2014

Pemuda sempat buka telefon, maut ketika terima rawatan


MALANG TIDAK BERBAU: Mangsa diusung ke dalam ambulans untuk dikejarkan ke HUS sebelum disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan.

KUCHING: Sungguhpun diheret hamper 10 meter, seorang penunggang motosikal masih mampu bercakap dengan pengguna jalan raya lain sebelum disahkan meninggal dunia sebaik tiba di Hospital Umum Sarawak (HUS) semalam.

Selain itu, mangsa Penteri Jalip, 22, juga dikatakan sempat membuka nombor pin telefon bimbitnya dan meminta bantuan agar menghubungi ahli keluar­ganya sebelum dia rebah dan tidak sedarkan diri.

Difahamkan, mangsa semasa kejadian dalam per­jalanan pulang dari tempat kerjanya sekitar jam 5.30 petang.

Semasa tiba di Jalan Ma­tang-Malihah, mangsa yang dipercayai cuba mengelak daripada melanggar sebuah kereta, terbabas sehingga dia dilanggar sebuah lori dan diheret kira-kira 10 meter.

“Mangsa bagaimana­pun masih sedar selepas kemalangan tersebut dan sempat membuka nombor pin telefon bimbitnya, seterusnya meminta orang awam menghubungi ahli keluarganya untuk me­maklumkan mengenai kemalangan tersebut.

“Selang beberapa minit, mangsa yang mengadu mengalami sesak nafas tiba-tiba rebah dan peng­san,” kata sumber.

Anggota paramedik yang tiba di tempat kejadian seg­era memberikan bantuan pernafasan dan mengejar­kan mangsa ke HUS untuk rawatan lanjut.

“Mangsa bagaimanapun disahkan meninggal dunia ketika sedang menerima rawatan di HUS,” kata sumber.

Laporan polis berhubung kejadian juga telah dibuat oleh keluarga mangsa.

Utusan Borneo 19 Sep 2014


0 comments:

Post a Comment