September 21, 2014

Wanita meninggal selepas mengadu sakit gastrik

SIBU: Seorang wanita warga China yang juga merupakan pekerja pusat hiburan meninggal dunia selepas mengadu sakit gastrik.

Pada awalnya mangsa telah dihantar oleh seorang teman wanita (pengkid) untuk mendapatkan bantuan rawatan di sebuah pusat perubatan pakar di sini.

Kematian mangsa yang dikenali sebagai Ye Jianting berumur 19 tahun dan berasal dari Guangdong, China itu telah diklasifikasikan sebagai mati mengejut oleh polis namun kesan lebam di kedua-dua belah kakinya meragukan.

Polis kini menunggu keputusan bedah siasat sebelum tindakan selanjutnya terutama untuk membuka fail jenayah akan diteruskan atau tidak.

Menurut seorang sumber, mangsa telah mengalami sakit gastrik sejak beberapa hari lalu.

Rakan mangsa tersebut membawanya untuk mendapatkan rawatan di pusat swasta berkenaan memberitahu, gastrik mangsa semakin teruk pada malam Selasa lalu.

Mereka dikatakan pulang ke rumah di Ulu Sungai Merah selepas diberi pemeriksaan perubatan.

Disebabkan keadaan mangsa masih belum reda, teman wanitanya sekali lagi membawa mangsa ke pusat perubatan pakar yang lain.

Namun setelah diperiksa paramedik di situ, mangsa dikatakan telah meninggal dunia.

Polis yang dihubungi telah membawa mayat mangsa ke Hospital Sibu untuk tindakan lanjut.

Di Hospital, ramai kalangan rakan mangsa meluahkan rasa tidak percaya atas kematiannya.

Ada di kalangan mereka cuba mengurut badan mangsa kerana mereka fikir dia masih bernyawa.

Utusan Borneo 19 Sep 2014

0 comments:

Post a Comment