August 1, 2014

Mayat amah berlumur darah

Kuala Lumpur: Seorang pembantu rumah warga Filipina ditemui mati di sebuah flat di Jalan Atap, kira-kira jam 11.30 malam tadi.

Menurut sumber, mangsa, 34, ditemui oleh keluarga majikannya yang baru pulang ke kediaman itu.

Keluarga majikannya yang dikenali sebagai Alen berkata, dia menemui mangsa di sebuah bilik dalam keadaan berlumuran darah.

"Ketika pulang ke rumah, kami nampak mangsa terbaring dalam keadaan berdarah. Bagaimanapun, barang berharga mangsa tidak terusik," katanya.

Sementara itu, jurucakap polis mengesahkan kejadian itu dan kes masih dalam siasatan.

myMetro 1 Ogos 2014


Kaku telentang

Kuala Lumpur: “Saya tergamam melihat keadaan mangsa dalam keadaan berlumuran darah dan mengerikan,” kata Allen, 45, rakan kepada majikan pembantu rumah ditemui mati dipercayai mangsa bunuh di sebuah flat di Kampung Atap, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 11 malam, pembantu rumah warga Filipina itu ditemui telentang dipercayai ditikam dan dipukul dengan objek tumpul.

Menurut Allen, dia singgah ke kediaman majikan mangsa untuk melawat rakannya itu yang kurang sihat.

“Ketika sampai, pintu rumah tidak berkunci, apabila saya masuk, mangsa sudah tidak bernyawa,” katanya.

Wanita berusia 35 tahun itu bekerja sebagai pembantu rumah di kediaman berkenaan sejak setahun lalu.

myMetro 2 Ogos 2014


0 comments:

Post a Comment