August 29, 2014

Dua lelaki Kemboja maut motosikal rempuh pacuan empat roda

KEADAAN mangsa yang terlibat dalam kejadian kemalangan maut di Kilometer 15.9, Jalan Dungun-Bukit Besi, Terengganu semalam. - KOSMO!

DUNGUN - Dua lelaki warga Kemboja maut selepas motosikal dinaiki mereka merempuh belakang sebuah pacuan empat roda yang diletakkan di bahu jalan di Kilometer 15.9, Jalan Dungun-Bukit Besi berhampiran Kampung Kemudi di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Ahmad Zailani Yaacub berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 6.45 petang itu, pembonceng Yousof Him, 47, meninggal dunia di tempat kejadian manakala Mat Him, 27, meninggal dunia semasa menerima rawatan di Hospital Dungun.

Pemandu pacuan empat roda itu Che Ku Mohammad Aizat Che Ku Zakaria, 22, tidak mengalami kecederaan kerana ketika itu sedang memancing di kawasan paya berhampiran, katanya ketika dihubungi Bernama hari ini. - Bernama

29 Ogos 2014

0 comments:

Post a Comment