August 29, 2014

Penunggang terjatuh motosikal maut digilis lori

PETALING JAYA: Seorang lelaki maut digilis lori dalam satu kemalangan ngeri di jalan Lapangan Terbang Subang selepas terjatuh dari motosikalnya.

Menurut polis, mangsa, Al-Faisel Abdul Kader, 33, sedang dalam perjalanan ke Sungai Buloh menuju ke arah Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah pada pukul 11.15 pagi Jumaat apabila dia terlanggar sebuah lagi motosikal dari arah yang sama.

Ketua Polis Trafik Petaling Jaya DSP Mohamad Roy Suhaimi Sarif berkata perlanggaran itu menyebabkan kedua-dua penunggang tercampak ke atas lebuhraya empat lorong tersebut dan sebuah lori yang tidak sempat mengelak telah menggilis mangsa dengan tayar kanan belakang.

“Mangsa disahkan maut di lokasi kejadian manakala seorang lagi penunggang dan pemandu lori tidak cedera. Kami telah menyita ketiga-tiga kenderaan yang kemudian dibawa ke ibu pejabat polis untuk siasatan lanjut.

“Mayat Al-Faisel telah dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk dibedah siasat,” katanya.

DSP Mohamad Roy berkata satu lagi kemalangan ngeri berlaku di sepanjang KM28.7 Lebuhraya Persekutuan pada pukul 5 pagi Jumaat.

“Sebuah motosikal yang ditunggangi oleh Jalwinder Singh Bentwant Singh, 18, dipercayai hilang kawalan ketika sedang menuju ke arah Kuala Lumpur.

“Mangsa tercampak dari motosikalnya dan terjatuh di sebuah tiang papan tanda perhentian bas. Akibatnya mangsa terbunuh serta merta,” kata DSP Mohamad Roy dan menambah yang mayat mangsa telah dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk dibedah siasat.

Kedua-dua kemalangan disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sumber The Star 29 Ogos 2014

0 comments:

Post a Comment