July 25, 2014

Jek rosak, lelaki maut ditimpa kereta

KUCHING: Gara-gara jek yang digunakan rosak, se­orang lelaki maut ditimpa kereta yang sedang
dibaikin­ya di halaman rumahnya di Kampung Kuap di sini, petang semalam.

Menurut sumber, mangsa ditemui oleh ahli keluarganya di bawah sebuah kereta yang se­dang dibaikinya dipercayai terjatuh ketika diangkat berikutan kerosakan pada jek yang digunakan.

Mangsa disahkan men­inggal dunia oleh anggota paramedik yang tiba di lokasi kejadian selepas itu.

Laporan polis berhubung kejadian juga telah dibuat oleh keluarga mangsa di balai polis berhampiran.

Utusan Borneo 25 Jul 2014

0 comments:

Post a Comment