July 25, 2014

Warga Australia ditemui mati tergantung

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki warga Australia ditemui mati selepas dikatakan menggantung diri di dalam bilik tidurnya di sebuah apartment di Mont Kiara di sini.

Mayat lelaki berusia 45 tahun itu ditemui oleh amahnya sekitar pukul 6.45 petang pada Isnin, menurut Ketua Polis Daerah Brickfields Asisten Komisioner Muhammad Azlee Abdullah.

Polis berkata lelaki berkenaan, seorang pengarah urusan sebuah syarikat pengilang makanan, ditemui dengan seutas tali terlilit di lehernya apabila polis tiba kira-kira pukul 8 malam.

“Kami percaya ia kes bunuh diri kerana lelaki tersebut meninggalkan sekeping nota untuk isterinya yang berada di Belanda dengan anak mereka,” kata Asisten Komisioner Muhammad Azlee.

“Nota berkenaan adalah peribadi dan kami tidak boleh mendedahkan isi kandungannya,” katanya lagi dengan menambah yang kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Suruhanjaya Tinggi Australia telah pun dimaklumkan dan mayat lelaki berkenaan telah dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk dibedah siasat.

The Star 16 Jul 2014

0 comments:

Post a Comment