July 25, 2014

Dua maut kerana pokok Engkabang

BETONG: Dua penduduk kampung maut selepas bertelingkah kerana sebatang pokok Engkabang di Sungai Lubok Labi, kira-kira 100 meter dari Rumah Kalong Raba, Penyelanih di Ulu Layar pada Selasa pagi.

Mangsa pertama, Ajang Lega, 60 tahun dikatakan telah ditetak di leher dengan sebilah parang oleh seorang suspek yang berusia 50 tahun. Akibat tetakan itu, mangsa maut serta merta.

Suspek kemudian cuba menyerang sepasang suami isteri, Jangkau Unol, 48, dan Layek Lega, 50, dengan parang yang sama.

Dilaporkan, Jangkau cuba mempertahankan diri dan menyerang suspek semula menyebabkan dia turut maut.

Jangkau juga mengalami kecederaan di belakang dan tangan kanannya manakala isterinya Layek cedera di belakang, tangan dan kaki serta patah jarinya.

Mangsa-mangsa yang cedera dibawa ke Hospital Betong untuk menerima rawatan.

Mayat Ajang dan suspek juga dihantar ke hospital yang sama untuk dibedah siasat.

Dikatakan pertelingkahan berlaku apabila suspek berang dengan salah seorang mangsa yang dituduh menebang sebatang pokok Engkabang miliknya.

Polis Betong semalam mengesahkan kejadian dan sedang menjalankan siasatan

Sumber The Borneo Post 25 Jul 2014


Read more: http://www.theborneopost.com/2014/07/25/two-villagers-killed-in-squabble-over-engkabang/#ixzz38UkDbJWp

0 comments:

Post a Comment