June 21, 2013

Maut terenjat letrik ketika melakukan kerja penyelenggaraan


BUKIT MERTAJAM: Seorang lelaki berusia 57 tahun maut terenjat letrik ketika sedang menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan sebuah papan iklan berdekatan Auto-City di Juru di sini hari ini.

Mangsa yang identitinya tidak diketahui maut serta merta dalam kejadian pada pukul 4.30 petang itu.

Mangsa dikatakan bersendirian sedang memeriksa kotak fius yang berada di bawah papan iklan tersebut apabila dia direnjat letrik.

Difahamkan orang ramai yang melalui tempat kejadian menghubungi polis selepas melihat mayat mangsa.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Bukit Mertajam untuk dibedah siasat.

Kejadian yang berlaku 50 meter dari Lebuhraya PLUS itu menyebabkan keadaan lalulintas sesak sehingga 2 kilometer sepanjang jalan menuju ke selatan kerana pengguna jalan raya memperlahankan kenderaan masing-masing untuk melihat kejadian.

Sumber The Star 21 Jun 2013

0 comments:

Post a Comment