June 21, 2013

Dua maut dalam perjalanan untuk bercuti



KUBANG PASU 21 Jun - Dua lelaki terbunuh selepas kereta dinaiki mereka terbabas dan merempuh pokok di di Kilometer 12, Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran Changlun menuju ke Bukit Kayu Hitam kira-kira pukul 10 malam tadi.

Kejadian dipercayai berlaku apabila kereta dipandu Teh Eng Chuwan, 47, cuba mengelak sebuah kenderaan lain menyebabkan ia terbabas sebelum merempuh sebatang pokok.

Mangsa yang merupakan ahli perniagaan maut di tempat kejadian sementara penumpang kereta berkenaan, Chung Yoke Kyon, 28, meninggal dunia ketika dibawa ke Hospital Jitra.

Kedua-dua lelaki tersebut dikatakan dalam perjalanan menuju ke Thailand untuk bercuti di situ. - UTUSAN ONLINE

21 Jun 2013

0 comments:

Post a Comment