June 20, 2012

Budak 3 tahun nyaris dicampak bapa dari tingkat 6



GUANGZHOU: Seorang lelaki mengugut akan mencampak anak perempuannya yang berusia 3 tahun dari tingkat 6 selepas bergaduh besar dengan isterinya.

Kejadian berlaku pada pukul 10.30 pagi waktu tempatan di flat yang baru mereka duduki beberapa hari.

Menurut jiran, lelaki itu duduk dengan tenang di tepi tingkap sambil memegang salah satu dari tangan anaknya dan sekali sekala menggunakan sebelah kakinya sebagai sokongan supaya anaknya tidak terlepas.

Pasukan Penyelamat yang tiba setelah menerima panggilan kecemasan kemudiannya memasang pelampung udara di bawah flat tersebut. Manakala polis pula memasuki flat tersebut dan cuba menenangkan lelaki berkenaan yang berada dibawah pengaruh dadah.

Polis bagaimanapun berjaya menangkap mangsa dan menyelamatkan kanak-kanak tersebut ketika proses rundingan sedang berlangsung di antara polis dan suspek.

Sumber Mail Online 18 Jun 2012









0 comments:

Post a Comment