August 13, 2011

Dibelasah kerana tak kenal ‘rakan’

PETALING JAYA: Seorang lelaki cedera dibelasah sekumpulan lelaki selepas dikatakan biadab sebelum disamun ketika minum di sebuah restoran bersama rakannya di Dataran Mentari, di sini, Rabu lalu.

Dalam kejadian jam 12 tengah malam, mangsa berusia 27 tahun baru tiba di restoran itu dan memesan minuman.

Menurut sumber, ketika rancak berbual, mangsa didatangi seorang lelaki bertanyakan asalnya.

“Mangsa menjawab, tetapi lelaki itu menuduhnya biadap kerana tidak menegur dan bersalaman dengannya.

“Bagaimanapun, mangsa mempertahankan tindakannya dengan alasan tidak mengenali lelaki itu,” katanya.

Menurutnya, tindakan mangsa menyebabkan berlaku pertengkaran sebelum lelaki itu memanggil lapan rakannya yang terus menampar, mengetuk kepala serta membelasah dan menyamun mangsa.

“Dua suspek dikenal pasti sebagai rakan tempat kerjanya,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohammed ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

myMetro
13 Ogos 2011

0 comments:

Post a Comment