August 13, 2011

2 didakwa tetak tangan pelajar hingga putus

SHAH ALAM: Dua pekerja kilang dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, atas tuduhan mencederakan seorang pelajar tingkatan empat dengan menetak tangan kiri mangsa sehingga putus, di Hulu Selangor, dekat sini, bulan lalu.

Tertuduh, P Krishnan, 28 dan S Pergas, 29, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mohamed Mokhzani Mokhtar.

Kedua-dua lelaki itu didakwa menyebabkan kecederaan parah terhadap N R Yogaraj, 16, dengan menggunakan parang di kawasan gelanggang badminton, Jalan 15E, Taman Bukit Teratai, Bukit Sentosa, Hulu Selangor, jam 9.30 malam, 22 Julai lalu.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda dan boleh dikenakan sebatan jika sabit kesalahan.

myMetro
13 Ogos 2011

0 comments:

Post a Comment