May 21, 2011

Waris Mohd Ikram dicari

SHAH ALAM - Sesiapa yang mengenali waris atau ibu kepada bayi lelaki bernama Mohd Ikram (gambar) berusia tiga bulan 11 hari diminta tampil membantu Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Gombak.

Ibu bayi yang dikenali Norhayati seorang warganegara Indonesia dipercayai meninggalkan bayi terbabit di Hospital Selayang kerana tidak mampu menjelaskan bil hospital.

Sebarang maklumat mengenai bayi itu, boleh menghubungi Mat Ariffin Razak di talian 03-61853931 atau 03-61857931.

Sinar Harian
21 Mei 2011

0 comments:

Post a Comment