July 5, 2010

Penjenayah mati depan kedai emas

ANGGOTA polis memeriksa mayat perompak yang mati di hadapan sebuah kedai emas di Pekan Tanah Merah, Pendang semalam.

PENDANG – Jika penjenayah Taiko Kodiang tergamak menembak mati rakannya yang cedera ketika mereka sama-sama melakukan rompakan kedai emas di Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur, lain pula dengan tiga perompak di Kedah semalam apabila mereka bersusah payah mahu membawa lari bersama mereka seorang rakan yang cedera terkena tembakan.

Namun hajat ketiga-tiga perompak itu tidak kesampaian kerana mereka terlalu panik sehingga terpaksa meninggalkan rakan mereka yang cedera di hadapan kedai emas itu.

Bersama rakan yang ditinggalkan itu ialah sebahagian barang kemas yang baru dirompak.

Demikian drama kejadian rompakan oleh empat lelaki yang masing-masing berpakaian segak dengan baju lengang panjang di sebuah kedai emas di Pekan Tanah Merah dekat sini pada pukul 12.30 tengah hari semalam.

Kosmo Online
5 Jul 2010


Mati dibedil pengawal

MAUT...anggota polis membungkus mayat perompak yang ditembak.

PENDANG: Seorang perompak hanya sempat melarikan diri kira-kira 10 meter sebelum rebah terkena dua das tembakan dilepaskan seorang pengawal keselamatan dalam satu rompakan di sebuah kedai emas di pekan Tanah Merah, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari itu, seorang daripada tiga perompak bersenjatakan sepucuk pistol dan empat pisau rambo mati di tempat kejadian selepas cedera parah di badan ketika cuba melarikan diri.

Sebelum kejadian, empat perompak terbabit yang menaiki kereta Honda Civic meletakkan kenderaan itu di depan premis berkenaan sebelum mereka meluru masuk ke dalam kedai.

Pada masa sama, seorang daripada empat suspek melepaskan satu das tembakan ke udara dan terus memecahkan cermin pameran di kedai berkenaan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, Asisten Komisioner Mohd Zakaria Ahmad, berkata ketika empat perompak terbabit memecahkan cermin pameran itu, pengawal keselamatan yang berada di bahagian belakang kedai terus melepaskan satu das tembakan dan terkena seorang daripada suspek.

Beliau berkata, tiga perompak lain membantu rakannya yang cedera ditembak keluar dari situ.

“Perompak terbabit sempat memecahkan cermin pameran dan melarikan enam dulang barangan kemas.

“Ketika mahu melarikan diri, pengawal keselamatan terbabit melepaskan satu das lagi tembakan ke arah suspek sama sebelum rebah.

“Dalam keadaan panik itu, tiga perompak terbabit cuba memapah rakannya untuk melarikan diri, namun suspek mati di tempat kejadian kerana cedera parah di badan,” katanya.

Menurutnya, ketiga-tiga suspek melarikan diri menaiki kereta Honda Civic warna perak yang diletakkan di depan premis itu.

“Ketiga-tiga perompak terbabit sempat melarikan beberapa dulang barang kemas manakala sebahagian lagi berada berhampiran si mati,” katanya.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 3 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971.

myMetro
5 Jul 2010


Perompak ditembak mati rakyat tempatan

ALOR SETAR: Polis mengesahkan perompak yang ditembak mati pengawal keselamatan dalam kejadian rompakan sebuah kedai emas di pekan Tanah Merah, Pendang, kelmarin rakyat tempatan berasal dari Johor dan dipercayai anggota kumpulan penjenayah paling berbahaya.

Polis kini memburu tiga tiga rakan perompak itu, termasuk ketua kumpulan masih bebas.

Suspek berusia 20-an mati di tempat kejadian akibat parah di bahu selepas terkena tembakan dilepaskan pengawal keselamatan kedai emas berkenaan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, Asisten Komisioner Mohd Zakaria Ahmad, berkata berdasarkan siasatan awal, semua suspek adalah anggota kumpulan penjenayah berbahaya mempunyai beberapa rekod jenayah rompakan bersenjata di beberapa negeri lain.

“Setakat ini, kita percaya ketua kumpulan perompak itu masih bebas dan gerakan memburunya bersama dua lagi suspek giat dijalankan.

“Berdasarkan siasatan, kita juga mendapat beberapa petunjuk boleh membantu kes ini dan hasil bedah siasat mendapati suspek mati di tempat kejadian selepas terkena sedas tembakan di belakang bahu,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

myMetro
6 Jul 2010

0 comments:

Post a Comment