Ardyhansah Amat
ardyhansah@hmetro.com.my
Tawau: Satu rangka manusia dengan kesan terbakar di kepala ditemui orang ramai di tepi Pantai Tinagat, Batu 8, di sini, semalam.
Dalam kejadian 1.30 petang itu, rangka manusia tersebut ditemui dalam keadaan tidak sempurna dan dihurungi lalat.
Ketua Polis Daerah Tawau Asisten Komisioner Fadil Marsus ketika dihubungi di sini, hari ini mengesahkan kejadian tersebut.
"Rangka tersebut ditemui dengan kesan terbakar dan kakinya diikat tali.
"Turut ditemui tayar kereta separuh terbakar berhampiran mayat mangsa sekali gus menguatkan dakwaan kemungkinan mangsa mati dibunuh," katanya.
Tambah Fadil, polis tidak menemui sebarang dokumen pengenalan diri pada rangka manusia berkenaan.
"Rangka tersebut dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Besar Tawau dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya.
ARKIB
8 Julai 2016
Mansuhkan lesen kedai makan 24 jam ?
-
Pada awalnya aku bersetuju. Tapi bila fikir fikir semula , punca obesiti ni
bukanlah disebabkan kedai makan tapi apa yang dijual di kedai makan ni.
Dika...
10 hours ago
0 comments:
Post a Comment