August 3, 2016

Dua mati kena tetak

Kalidevi Mogan Kumarappa
kalidevi@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Seorang juruwang dan 'jockey' kereta maut manakala seorang deejay putus tangan selepas ditetak sekumpulan lelaki bertopeng di sebuah pusat hiburan di Jalan Dutamas 1, Sentul, kira - kira jam 11 malam tadi.

Sumber polis berkata, berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (cctv) , dua buah kenderaan yang dinaiki sekumpulan lelaki berhenti di hadapan pusat hiburan itu dengan tiba - tiba sebelum menunjuk ke arah seorang mangsa yang duduk di hadapan pusat hiburan itu.

Katanya, kumpulan lelaki itu menyerang mangsa dengan parang beberapa kali sebelum meluru masuk ke dalam pusat hiburan pula dan menetak dua lagi mangsa termasuk wanita berkenaan yang bekerja sebagai juruwang di pusat hiburan berkenaan.

"Berdasarkan keterangan saksi dan orang awam di lokasi kejadian, semua suspek memakai topeng dan bersenjatakan parang dan kejadian berlaku begitu pantas.

"Selepas menetak semua mangsa, kumpulan suspek melarikan diri dengan menaiki kenderaan yang sama dan akibatnya, dua mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian manakala seorang lagi putus tangannya dan difahamkan masih kritikal di Hospital Kuala Lumpur (HKL)," katanya kepada Harian Metro.

Susulan dari kejadian itu, pada jam 2 pagi tadi, sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul mencekup enam lelaki tempatan berusia 31 hingga 23 tahun di sekitar Lembah Klang.

ARKIB
7 Julai 2016

0 comments:

Post a Comment