August 3, 2016

Prof Izzi dikebumi pagi esok



Zaid Salim
am@hmetro.com.my

Kuala Terengganu: Jenazah pakar motivasi Prof Madya Md Izuddin Ali atau lebih dikenali sebagai Prof Izzi dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pulau Rusa, di sini, 8 pagi esok.

Kakak arwah, Zahani Ali, 54, berkata, jenazah adiknya selesai disembahyangkan di rumahnya di Kampung Jitra, Kedah petang tadi.

"Jenazahnya kini dibawa ke Kuala Terengganu dan dijangka dikebumikan di Kampung Pulau Rusa pada pagi esok.

"Sebaik tiba, jenazahnya akan disembahyangkan sekali lagi di Masjis Kampung Durian Burung, Kuala Terengganu sebelum dikebumikan," katanya ketika dihubungi di sini.

Bekas pensyarah Matematik di Fakulti Sains Komputer dan Matematik, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Arau, Perlis menghembuskan nafas terakhir di Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar, Kedah pada jam 12.45 tengah hari tadi akibat angin ahmar.

Zahani berkata, arwah adiknya juga menghidap kencing manis dan dia mengetahui tentang penyakit adiknya itu sejak tiga tahun lalu.

Katanya, arwah tidak gemar berkongsi masalah dan hal yang berkaitan dirinya dengan keluarga kecuali isterinya, Roziah Shafie.

ARKIB
myMetro 24 Jun 2016

0 comments:

Post a Comment