October 13, 2016

SMS terakhir sebelum terjun

Norizuan Shamsuddin
norizuan@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Penganggur ditemui maut dipercayai terjun dari tingkat empat pusat beli-belah di Mid Valley, di sini, jam 11.29 malam tadi.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Sharul Othman Mansor berkata, mangsalelaki berusia 22 tahun terbabit ditemui dalam keadaan terbaring di laluan pintu masuk pusat beli-belah berkenaan.

Katanya, siasatan awal dilakukan mendapati mangsa pergi ke pusat beli-belah terbabit bersama abangnya dengan meenaiki sebuah kereta yang ditnggalkan di tempat letak kenderaan di tingkat empat.

"Selepas turun dari kenderaan, mangsa memaklumkan dia mahu membeli barang, manakala abangnya mahu membayar bil telefon.

"Ketika sedang menunggu dalam kenderaan abang mangsa menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) dari adiknya memaklumkan dia mahu membunuh diri dan mengucapkan selamat tinggal.

"Mangsa disahkan maut dilokasi dan mayat di bawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk tindakan lanjut," katanya menerusi satu kenyataan, di sini, hari ini.

myMetro Ahad, 9 Oktober 2016

0 comments:

Post a Comment