May 21, 2016

Terima kasih abang JPAM

Anggota JPAM membantu menyelamatkan mangsa yang terjun ke dalam sungai. FOTO ihsan JPAM

Muhaamad Hafis Nawawi
mhafis@hmetro.com.my

Alor Setar: Lelaki berusia 29 tahun yang menghidap penyakit mental terjun ke dalam Sungai Kedah, Anak Bukit, di sini, untuk mandi sebelum disedari orang ramai yang kemudian melaporkan kepada pihak berkuasa pagi tadi selepas bimbang mangsa lemas.

Dalam kejadian 9.25 pagi itu, anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) yang menerima maklumat berhubung kejadian itu ke lokasi kejadian yang terletak di belakang pejabat JPAM Alor Setar.

Pegawai Bahagian Latihan JPAM Alor Setar Staf Muda (PA) Mohd Shukri Shuib berkata, sebaik tiba pihaknya mendapati mangsa berada di dalam sungai dan usaha menyelamat dijalankan dengan menarik mangsa ke tebing.

Menurutnya, mangsa yang berjaya diselamatkan pada 9.45 pagi sebelum dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk menerima rawatan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Setar Asisten Komisioner Mohd Rozi Jidin mengesahkan kejadian itu dan memberitahu mangsa mengalami masalah mental dan terjun ke dalam sungai terbabit untuk mandi.

myMetro 19 Mei 2016





0 comments:

Post a Comment