May 21, 2016

Kren rempuh kereta, rumah

Kren yang mengundur sendiri dipercayai masalah brek dan merempuh kereta serta rumah. FOTO Kalidevi Mogan Kumarappa

Kalidevi Mogan Kumarappa

Petaling Jaya : Lelaki cedera di kepala selepas kereta dipandu dirempuh kren di Jalan 17/21 Seksyen 17,di sini,pagi tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 9.32 pagi sebelum sebuah jentera dan lima anggota ke lokasi kejadian.

"Kejadian dipercayai berlaku apabila kren sedang melalui jalan berbukit tiba-tiba mengundur sendiri dipercayai akibat masalah brek.

"Jentera berat itu kemudiannya melanggar sebuah Toyota Camry sebelum merempuh dinding sebuah rumah di situ. Penghuni rumah tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Beliau berkata,pemandu Toyota Camry berusia 58 tahun dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) bagi mendapatkan rawatan lanjut untuk kecederaan di kepala manakala isterinya berusia 55 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan.

myMetro 19 Mei 2016



0 comments:

Post a Comment