May 13, 2016

Tak 'terliur' jumpa duit

MOHD Nori menyerahkan dompet ditemui kepada Eric, semalam.

Norizuan Shamsuddin
norizuan@ymail.com.my

Kuala Lumpur: Tindakan jujur seorang polis bantuan memulangkan semula domper berisi wang hampir RM800 kepada pemiliknya wajar dipuji dan menjadi teladan.

Anggota polis terbabit, koperal Mohd Nori Nordin bertindak memulangkan kembali dompet berisi wang tunai RM729 dan pelbagai dokumen peribadi milik seorang penuntut kolej swasta di Cheras yang terjatuh ketika menaiki Transit Aliran Ringan (LRT), semalam.

Mohd Nori yang ditemui berkata, dia menemui dompet itu ketika membuat rondaan di atas sebuah tren LRT dari stesen Muhibbah ke IOI Puchong Jaya jam 10.30 pagi.

Katanya, dia ternampak dompet berwarna hitam di atas kerusi penumpang di gerabak tengah.

“Saya tahu ia adalah dompet penumpang yang tercicir. Saya kemudian memaklumkan penemuan itu kepada ketua stesen yang turut menerima laporan daripada mangsa.

myMetro 13 Mei 2016


0 comments:

Post a Comment