May 21, 2016

Maut kereta golf masuk parit

KEADAAN kereta golf dinaiki mangsa terbalik dalam parit. FOTO Mohd Khidir Zakaria

Mohd Khidir Zakaria

Port Dickson: Pemain golf maut apabila kereta golf dinaiki terbalik dalam parit di Kelab Golf Port Dickson di sini, petang tadi.

Mangsa, Abdul Ghafar Mohamad Ali, 63, meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Port Dickson selepas kejadian, 5 petang tadi.

Difahamkan, mangsa dijumpai oleh rakannya sebelum meminta pertolongan orang lain yang berada di sekitar kawasan itu.

Rakan mangsa yang enggan dikenali berkata, dia nampak kereta golf dinaiki Abd Ghafar di dalam parit dan cuba menariknya keluar.

"Selepas lima minit baru kereta golf itu diangkat dan mangsa ditarik keluar dalam keadaan berselut.

"Kepala mangsa dikatakan terbenam dalam lumpur sedalam satu meter. Mangsa kemudian dibawa ke Hospital Port Dickson namun pegawai perubatan mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia," katanya ketika dihubungi.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Port Dickson, Deputi Superintendan Zainudin Ahmad berkata, pihak polis ada menerima laporan kejadian dan siasatan masih dijalankan.

"Mayat dibedah siasat esok hari (hari ini ) bagi mengetahui punca kematian mangsa," katanya.

myMetro 18 Mei 2016


Warga emas maut jatuh dalam longkang besar

PORT DICKSON - Seorang warga emas maut dipercayai dihempap buggy selepas terjatuh di dalam longkang besar ketika sedang bermain golf di Port Dickson Golf Country Club (PDGCC) di sini petang tadi.

Kejadian berlaku sekitar jam 5 petang dan mangsa dikenali sebagai Abd Ghafar berusia 63 tahun ditemui  rakannya sebelum meminta pertolongan orang awam yang berada di sekitar kawasan itu.‎

Rakan mangsa yang enggan dikenali berkata, dia nampak ada buggy di dalam longkang besar dan syak sesuatu yang buruk berlaku.

"Hampir lima minit usaha dilakukan, baru buggy itu dapat dinaikan dan mangsa dapat ditarik keluar.

"Namun keadaan mangsa dipenuhi selut.  Saya rasa kepala mangsa terbenam di dalam lumpur dan tenggelam dalam longkang separas pinggang.

"Mangsa kemudiannya di bawa ke Hospital Port Dickson dan disahkan sudah meninggal dunia," katanya ketika dihubungi.

Rakan mangsa memberitahu, dia masih dalam keadaan terperanjat dengan kejadian itu.

"Abd Ghaffar memang sering bermain golf di PDGCC sejak beberapa tahun ini dan dia juga adalah ahli kelab golf ini," katanya lagi.‎

Sementara itu Timbalan Ketua Polis Daerah Port Dickson, Deputi Superintendan Zainudin Ahmad berkata, pihak polis ada menerima laporan kejadian berkenaan.‎

"Jenazah mangsa akan dibedah siasat esok bagi mengetahui punca kematian mangsa," katanya.

Wartawan Sinar Harian
18 Mei 2016




0 comments:

Post a Comment