May 21, 2016

Lemas terjun dari Jambatan Pulau Pinang


Rudy Syareme Sheriffudin
am@hmetro.com.my

Georgetown: Wanita ditemui lemas selepas terjun di KM7.4 Jambatan Pulau Pinang arah Perai, pagi tadi.

Komander Operasi, Penguasa Bomba Kanan II, Nasir Idris berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 9.30 pagi.

Wanita itu, Chin Chew Hong,63, dipercayai meninggalkan motosikal di atas jambatan sebelum terjun.

Katanya, operasi mencari dan menyelamat dilakukan dan anggota bomba membuat pemantauan di atas jambatan untuk mengenal pasti kedudukan mangsa jatuh.

"Antara agensi terbabit adalah Pasukan Polis Marin (PPM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).

"Akhirnya mayat mangsa ditemui pada 10.30 pagi dan dihantar oleh PPM ke Pangkalan Polis Marin Wilayah Satu, Batu Uban," katanya.

myMetro 19 Mei 2016

0 comments:

Post a Comment