May 13, 2016

Lelaki maut dikelar

Izlaily Nurul Ain Hussein
izlaily@hmetro.com.my

Johor Bahru: Lelaki dipercayai warga asing ditemui mati dengan kesan kelar di leher di kawasan pembinaan kondominium di Taman Rinting, Seri Alam di sini, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Jokhiri Abd Aziz berkata, mayat mangsa yang belum dikenal pasti identitinya itu ditemui pekerja binaan di kawasan berkenaan, kira-kira 8 pagi tadi.

Beliau berkata, sejurus menerima maklumat pada 9.50 pagi, polis bergegas ke lokasi kejadian dan menjumpai mayat lelaki lengkap berpakaian terbaring di tingkat tiga bangunan berkenaan.

"Siasatan awal mendapati, mangsa berusia antara 20 hingga 30 tahun dan dipercayai dibunuh kerana terdapat kesan kelar di leher mangsa.

"Kita percaya kesan kelar itu akibat penggunaan senjata tajam," katanya.

myMetro 11 Mei 2016

0 comments:

Post a Comment