May 13, 2016

Jumpa mayat di Pantai Lido

MAYAT tanpa dokumen pengenalan diri ditemui di Pantai Lido. FOTO ihsan Polis

Izlaily Nurul Ain Hussein
izlaily@hmetro.com.my

Johor Bahru: Mayat ditemui terdampar oleh orang awam di Pantai Lido berhampiran Dataran Bandaraya Johor Bahru di sini, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Sulaiman Salleh berkata, mayat dipercayai lelaki berusia 60-an itu ditemui 11.30 pagi tadi.

Beliau berkata, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan orang awam sebelum menemui mayat mangsa yang memakai baju-T lengan pendek berwarna putih dan berseluar pendek.

"Hasil pemeriksaan pada mayat, kita tidak menjumpai sebarang dokumen pengenalan diri atau nota yang ditinggalkan.

"Siasatan awal juga mendapati tidak ada tanda-tanda yang berunsurkan jenayah," katanya.

myMetro 11 Mei 2016



0 comments:

Post a Comment