May 13, 2016

Kereta dipandu dihempap pokok getah

Keadaan kereta mangsa yang dihempap pokok. FOTO ihsan bomba

Farah Suhaidah Othman
am@hmetro.com.my

Gopeng : Seorang wanita berdepan detik mencemaskan selepas kereta Proton Saga dipandunya dihempap pokok getah yang tumbang di Jalan Gopeng - Kampar, di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian jam 10 pagi itu, mangsa yang berusia 34 tahun tidak cedera dan dapat keluar dari kereta.

Ketua Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Pegawai Bomba Kanan II Nor Zamri A Wahab berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 10.04 pagi sebelum ke lokasi kejadian.

Katanya, sebaik tiba anggota bomba mendapati sebatang pokok getah menghempap kereta mangsa.

"Anggota bomba kemudiannya menggunakan gergaji elektrik bagi memotong batang pokok berkenaan sebelum kereta berkenaan dibawa ke Balai Polis Gopeng menggunakan trak tunda untuk tindakan lanjut," katanya ketika dihubungi.

myMetro 12 Mei 2016



0 comments:

Post a Comment