May 6, 2016

Bangkai dugong ditemui terapung

PEGAWAI Jabatan Perikanan Johor memeriksa bangkai dugong yang ditemui terapung. FOTO ihsan pembaca

Mohamad Fahd Rahmat
fahd@hmetro.com.my

Johor Bahru: Bangkai Dugong ditemui terapung dipercayai tersangkut jaring nelayan di Kampung Pendas Laut, Gelang Patah, pagi tadi.

Kakitangan Universiti Teknologi Malaysia, Mohd Syahrul Baharom, 32, yang hadir ke kawasan berkenaan bersama lima pelajar pratikal untuk melakukan kerja lapangan berkata, dia terkejut kerana orang ramai mengerumuni bangkai berkenaan .

"Saya sampai di situ kira-kira 10 pagi dan diberitahu dugong itu mati sebab tersangkut jaring, namun tidak pasti sahih atau tidak.

“Ini adalah kali pertama sepanjang hayat saya berpeluang melihat dugong.

"Kakitangan Jabatan Perikanan mengambil bangkai dugong berkenaan,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Perikanan Johor, Zamani Omar berkata, pihaknya sedang menyiasat kes berkenaan termasuk menentukan jenis, jantina dan punca dugong berkenaan mati.

myMetro 5 Mei 2016



0 comments:

Post a Comment