May 21, 2016

Anggota polis parah dilanggar kereta

Mangsa diberikan bantuan awal oleh orang ramai.

Hadzlihady Hassan
hadzlihady@hmetro.com.my

Georgetown: Anggota polis parah di kepala dan badan selepas motosikal ditunggangnya dilanggar sebuah kereta di Jalan Air Itam, di sini, malam tadi.

Dalam kejadian jam 11.15 malam itu, Koperal Faizal Ariffin, 30-an, yang bertugas di cawangan unit kereta peronda (MPV) Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut dalam perjalanan ke tempat kerjanya.

Menurut sumber, mangsa yang tinggal di Farlim, di sini, dilanggar sebuah kereta dipandu seorang wanita dari arah bertentangan ketika membelok ke kanan.

"Rempuhan menyebabkan mangsa tersungkur dan parah di kepala serta badan.

"Dia kini masih dirawat di zon kritikal Hospital Pulau Pinang," katanya.

myMetro 21 Mei 2016



0 comments:

Post a Comment