April 24, 2016

Tiga maut kereta langgar lori pasir

KEADAAN kereta yang terputus dua setelah bertembung dengan lori pasir. FOTO ihsan pembaca

Hamzah Osman
am@hmetro.com.my

Langkawi: Tiga maut selepas kereta dinaiki bertembung dengan lori pasir di Jalan Teluk Yu di sini, hari ini.

Dalam kejadian 2.45 petang itu, ketiga-tiga mangsa iaitu Haslan Hasan, 23; Idris Shaari, 22; dan Mohamad Solihin Fuad, 21, dilaporkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Bahagian Ketenteraman Awam dan Trafik Langkawi, Asisten Superintendan Mahadhir Mohd Salleh ketika dihubungi berkata kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta dinaiki mangsa dalam perjalanan dari Pantai Kok ke Ayer Hangat memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung dengan lori sarat dengan muatan pasir.

"Akibat pertembungan itu, kereta terbabit terputus dua di mana pemandu dan penumpang kereta mati di tempat kejadian.

"Mayat semua mangsa dihantar ke Hospital Langkawi untuk bedah siasat," katanya.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

myMetro 24 April 2016



0 comments:

Post a Comment