April 24, 2016

Pekerja ladang maut dikelar

Raja Noraina Raja Rahim
rnoraina@hmetro.com.my

Rembau: Pekerja ladang warga Myanmar ditemui mati dengan kesan kelar pada leher disyaki dibunuh dalam rumah kongsi di Legung Jaya di sini, pagi tadi.

Difahamkan, mayat lelaki berusia 30-an terbabit ditemui terbaring atas lantai dalam keadaan berlumuran darah oleh rakan sekerjanya yang pergi ke rumah itu, 8.05 pagi taid.

Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintendan Ibrahim Sharif berkata, siasatan mendapati terdapat tiga kesan kelar pada leher dan dada mangsa.

"Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh," katanya.

Katanya, siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengesan suspek termasuk meneliti identiti semua penghuni di rumah kongsi berkenaan.

myMetro 24 April 2016

0 comments:

Post a Comment