April 19, 2016

Penjual keropok maut kereta terbabas

Mangsa tercampak keluar dan maut di tempat kejadian selepas kereta dipandunya hilang kawalan dan terbabas. Gambar kecil: Mohd Saparin

MUADZAM SHAH – Seorang penjual keropok maut apabila kereta dipandunya hilang kawalan dan terbabas di Kilometer 138.9 Jalan Kuantan-Segamat berhampiran simpang tiga Chenderawasih, di sini pagi kelmarin.

Ketika kejadian pada kira-kira jam 9.10 pagi itu, Mohd Saparin Abdullah, 44, yang memandu kereta jenis Proton Iswara, tercampak keluar dari kenderaan dan maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superitendan Muhammad Aidil Roneh Abdullah berkata, mangsa memandu kereta dari arah Segamat menghala ke Kuantan.

“Siasatan lanjut mendapati kemalangan berlaku apabila kereta dipandu mangsa hilang kawalan lalu terbabas dan memasuki jalan bertentangan menuju ke Segamat.

“Mangsa langgar dua batang pokok di bahu jalan sebelah kiri menuju ke Segamat dan tercampak keluar ke dalam parit bersebelahan pokok kedua yang dilanggar,” katanya di sini, semalam.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Muadzam Shah untuk bedah siasat.

Sinar Harian 15 Apr 2016

0 comments:

Post a Comment