April 28, 2016

Mayat terapung dekat Pulau Perhentian

MAYAT lelaki yang ditemui terapung dibawa ke Hospital Besut. Foto Mohammad Ishak

Mohammad Ishak
am@hmetro.com.my

Besut: Mayat lelaki ditemui terapung di laut berhampiran Perhentian Island Resort di Pulau Perhentian, di sini, 11.50 pagi tadi.

Mayat itu ditemui pemandu bot dalam keadaan terlentang di permukaan air.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Mohd Zamri Mohd Rawi mengesahkan penemuan mayat kira-kira 400 meter dari pantai itu.

Menurutnya, tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemui bersama mayat terbabit.

Katanya, ketika ditemui mayat berkenaan berpakaian renang dan tiada kesan kecederaan padanya.

myMetro 27 April 2016


Identiti mayat terapung dikenal pasti

Zhe Liu

MOHD TAHA YAACOB

BESUT - Mangsa lemas yang ditemui terapung di Pulau Perhentian Besar hari ini dikenal pasti seorang warganegara China.

Mangsa Zhe Liu, 31, dari Henan, Beijing  itu ditemui lemas kira -kira 30 meter daripada pantai oleh orang awam yang berada di tempat kejadian kira -kira jam 11.30 pagi.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintenden  Mohd Zamri Mohd Rowi berkata, ketika mangsa ditemui tidak ada sebarang dokumen pengenalan diri ditemui dan tidak ada sesiapa mengenalinya.

Menurutnya,  bagaimanapun petang ini isteri mangsa yang juga berada di pulau tersebut tampil membuat laporan polis memaklumkan mangsa ada suaminya.

"Mangsa datang ke pulau itu seramai lima orang termasuk isterinya. Sebelum kejadian mangsa pergi treaking dan snorkeling  seorang diri sementara empat yang lain pergi skuba di tempat lain," katanya.

Mangsa dan kumpulan yang menginap di sebuah resort di situ tiba di pulau berkenaan Sabtu lepas dan dijangka pulang esok.

Mohd Zamri berkata, mayat mangsa akan dituntut isterinya esok.

27 April 2016




0 comments:

Post a Comment