April 28, 2016

Parkir berapi

Forensik bomba melakukan siasatan di lokasi kejadian. FOTO Shahnaz Fazlie Shahrizal

Hadzlihady Hassan

Bayan Lepas: Enam belas motosikal dan sebuah kereta musnah dalam kebakaran di parkir Pangsapuri Saujana Damai, di sini, awal pagi tadi.

Kejadian berlaku pada 1 pagi ketika kebanyakan penghuni pangsapuri terbabit sedang tidur.

Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Bayan Baru berkata, penduduk terjaga apabila mendengar beberapa letupan kuat dan bergegas keluar dari rumah masing-masing.

"Mereka pada mulanya menyangkakan ada rumah terbakar di tingkat satu namun terkejut apabila melihat api yang marak di parkir tingkat bawah.

"Beberapa penduduk cuba memadam kebakaran menggunakan alat pemadam api namun gagal kerana api menyambar begitu cepat," katanya.

Menurutnya, setakat ini jumlah kerugian dan punca kebakaran masih dalam siasatan.

myMetro 27 April 2016



0 comments:

Post a Comment