April 28, 2016

Dua remaja maut motosikal dirempuh treler

Muhammad Syukri Razali (kiri) dan Nik Amirul Ikhmal Nik Abd Rahimi (kanan). - Foto Ihsan Pembaca

BERNAMA

Baling: Dua remaja maut dalam kemalangan selepas motosikal ditunggang mereka dilanggar treler di Km31 Jalan Sungai Petani-Baling, semalam.

Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Syariffuddin Yusof berkata, dalam kejadian 5 petang itu, treler berkenaan mengelak sebuah bas yang berhenti secara mengejut untuk mengambil penumpang.

"Mangsa yang maut di tempat kejadian dikenali sebagai Muhammad Syukri Bin Razali (penunggang) 17, dan Nik Amirun Ikhmal Bin Nik Abd Rahim (pembonceng), 18," katanya ketika dihubungi.

Syariffuddin berkata pemandu treler G Shurendar, 28, semasa kejadian cuba mengelak sebuah bas dari arah Baling ke Kuala Ketil sebelum merempuh motosikal berkenaan dari arah bertentangan.

Katanya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Daerah Baling dan kes di siasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

myMetro 27 April 2016



0 comments:

Post a Comment