March 4, 2016

Warga emas maut rumah terbakar

Keadaan rumah terbakar yang mengorbankan warga emas.

TANJONG KARANG – Seorang suri rumah rentung dalam kebakaran di rumahnya di Jalan Parit 2, Sungai Burong kira-kira pukul 10 pagi tadi.

Mangsa, Khalijah Yahya, 55, yang mempunyai empat anak itu ditemui rentung hampir 80 peratus selepas terperangkap di dalam rumah.

Difahamkan ketika kejadian, mangsa berada di luar namun masuk semula ke dalam rumah untuk menyelamatkan dokumen penting.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tanjong Karang, Azmi Abbas berkata, pihaknya menerima laporan orang awam kira-kira pukul 10.01 pagi sebelum bergegas ke lokasi kejadian.

"Jentera bomba tiba pukul 10.05 pagi dan ketika itu api sedang marak dan membakar hampir 60 peratus rumah jenis kelas B.

"Mangsa terperangkap di dalam asap tebal," katanya. - K! ONLINE

4 Mac 2016


Terkilan isteri rentung selamatkan dokumen

OMAR menunjukkan tempat mayat isterinya ditemui rentung bersama dokumen penting selepas rumah mereka terbakar di Parit 2 Sungai, Tanjong Karang semalam.

TANJONG KARANG – Suami kepada seorang suri rumah yang rentung dalam kebakaran di rumah mereka di Parit 2 Sungai di sini kelmarin melahirkan rasa terkilan kerana isterinya gagal menyelamatkan diri selepas berusaha menyelamatkan dokumen penting dan barang berharga milik keluarga tersebut.

Omar Ismail, 67, berkata, isterinya, Khalijah Yahya, 55, cuba menyelamatkan sebuah beg berisi dokumen antaranya geran tanah, sijil nikah dan sijil lahir milik keempat-empat orang anak mereka.

“Sayu hati apabila melihat mayat isteri rentung dengan di sisinya terdapat beg yang mengandungi pelbagai dokumen penting yang cuba diselamatkannya.

“Bagaimanapun, dokumen tersebut musnah kerana hampir keseluruhan beg itu hangus terbakar,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Kosmo 6 Mac 2016

0 comments:

Post a Comment