MARANG - Seorang penunggang motosikal maut selepas bertembung dengan sebuah kereta dalam kemalangan di Kilometer 35 Jalan Kuala Terengganu-Kuantan berhampiran Kampung Serating, di sini, malam tadi.
Kemalangan kira-kira pukul 7.25 malam itu menyebabkan mangsa, Muhammad Hanafi Ibrahim, 24, terbunuh di tempat kejadian.
Ketika kejadian, mangsa yang berasal dari Kampung Batu Enam, Chendering menunggang motosikal jenis Honda EX-5 dari arah Dungun menuju ke Kuala Terengganu.
Bagaimanpun, sebaik tiba di lokasi nahas sebuah kereta jenis Perodua Myvi yang dipandu wanita berusia 27 tahun dipercayai hilang kawalan lalu masuk kelaluan bertentangan dan melanggar mangsa.
Sementara itu Ketua Polis Daerah Marang Deputi Superintendan Mohd. Suhaimi Ali ketika dihubungi mengesahkan kejadian.
Katanya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu untuk dibedah siasat.
Siasatan lanjut berhubung kemalangan itu masih dijalankan dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, katanya. - Bernama
4 Mac 2016
Sila periksa kuku anak masing masing !
-
Seperti biasa... tugas harian aku ialah menjemput dan menghantar anak anak
ke sekolah sendiri. Aku lebih puashati dapat buat gitu. Tak kaya pun tak pe
...
11 hours ago
0 comments:
Post a Comment