March 9, 2016

Tiga mayat rentung dalam kereta

Pasukan Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor menjalankan siasatan di lokasi kejadian penemuan tiga mayat rentung dalam kereta yang turut terbakar dalam ladang kelapa sawit Sungai Layang, Ulu Tiram, Johor Bahru. FOTO Mohd Azren Jamaludin

Johor Bahru: Tiga mayat rentung ditemui dalam kereta di ladang kelapa sawit Sungai Layang, Ulu Tiram di sini, petang tadi.

Pemangku Ketua Polis Daerah Seri Alam Deputi Superintendan Norazam Shaari berkata, polis menerima panggilan kira-kira 4 petang daripada seorang pekerja ladang terbabit berhubung penemuan kereta musnah terbakar.

Katanya, siasatan awal polis di lokasi kejadian mendapati terdapat tiga mayat dalam kereta itu yang identitinya belum dikenal pasti.

"Kita masih dalam proses siasatan bagi mengenal pasti identiti ketiga-tiga mayat dan juga kereta terbabit.

"Kita juga masih menyiasat motif kejadian," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian di sini, malam tadi.

myMetro 7 Mac 2016



0 comments:

Post a Comment