March 9, 2016

Pengsan dihempap batu

Seorang pendaki wanita cedera selepas dihempap batu ketika menuruni Bukit Tabur disini kelmarin.

Kuala Lumpur: Seorang gadis pengsan selepas dihempap batu ketika melakukan riadah dan menuruni Bukit Tabur, Ampang, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 7 malam itu, mangsa, Norizatulakma Abdul Majid, 25, bersama tujuh rakan lain dikatakan menuruni bukit berkenaan.

Bagaimanapun mangsa dihempap batu besar di bahagian buku lali kakinya.

Pegawai Pasukan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Kuala Lumpur Shahrul Kamar Mohd Johari berkata, mangsa pengsan sebelum rakannya turun ke kaki bukit untuk membuat laporan polis.

Menurutnya, sepasukan anggota dan pegawai JPAM dihantar ke lokasi kejadian untuk memberi bantuan serta menurunkan mangsa.

myMetro 8 Mac 2016



0 comments:

Post a Comment