March 26, 2016

Nyaris maut terjatuh gaung

KEADAAN lori yang terbalik di dalam gaung sedalam 20 meter. FOTO ihsan bomba

Johor Bahru: Pemandu dan kelindannya nyaris maut selepas treler yang membawa muatan besi terbabas dan terbalik di dalam gaung di kilometer 10.6 Lebuhraya Senai Desaru dalam kejadian awal pagi ini.

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Johor, mangsa hanya cedera ringan dan pemandu dikenali sebagai Ahmad Fazri Omar Sulaimam, 27, dan kelindannya Noorazmi Ismail, 42, ketika kejadian sedang tidur di bahagian belakang kepala treler berkenaan.

"Bomba menerima panggilan pada 07:01 pagi mengenai kemalangan jalan raya di kilometer 10.6 arah timur membabitkan sebuah lori yang membawa muatan besi terbabas dan terbalik ke dalam gaung sedalam 20 meter.

"Mangsa berjaya dikeluarkan dan diserahkan kepada pihak hospital untuk tindakan selanjutnya," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Katanya, sebuah jentera bersama lima anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kulai IOI terbabit dalam operasi berkenaan.

myMetro 22 Mac 2016




0 comments:

Post a Comment